Alhamdulillah..
Setelah setahun hidup dalam keadaan terumbang-ambing di alam kerjaya ini..Akhirnya selamat gak aku di lepaskan dari status kontrak nih..
Langkah seterusnya adalah mengikut arah angin baru yang akan membawa buih-buih kehidupan aku nih..
Sighhh...
Setahun sudah berlalu aku menghadapi kehidupan sebenar hidup ini.
Selamat Datang ke Dunia Sebenar~
Sampai sekarang aku masih ingat kata-kata abang aku bila aku dapat mula memasuki alam pekerjaan ni. Memang terbukti ketepatan kata-kata dari orang yang berpengalaman ni.
Masa belajar dekat Universiti dulu, memang Dunia yang Penuh Khayalan. Putaran kehidupan : enjoy,enjoy,enjoy,enjoy,enjoy,enjoy........study.
Memang kosong minda tanpa komitmen...Impian lepas belajar pulak macam-macam berlegar diminda yang mentah tersebut,
Tapi bilamana kita mula menjejaki dunia sebenar dekat luar sini..Baru laa terbuka mata tentang makna Kehidupan Sebenar ni. Putaran kehidupan dunia sebenar :
Duit,komitmen,hutang,tertekan,kerja,sibuk,pening,termenung,putus asa,tiada harapan,...
TerKUBUR IMPIAN..
Jadi,pengalaman tahun pertama kehidupan dunia sebenar aku dah mula merobek ruang minda + hati yang mentah sebelum ini..
Untuk tahun berikutnya :
Buih aku memang akan Terbang Ikut Laluan Angin yang sememangnya telah Tersedia untuk aku..
Jadi TERBANGLAH WAHAI BUIHKU~